CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 27, 2010

First Job...

...was really successful..alhamdulillah dengan izin tuhan semuanya berjalan dengan lancar..
first customer kami adalah adik kepada kawan mr hubby...faridah namanya
dia menggunakan perkhidmatan khemah, pelamin dan juga make up untuk majlis pernikahannya di serdang..
dan dengan bantuan teacher..untuk mengajar memasang pelamin dan make up..everything went smoothly..tq very much..u're such a wonderful friend and teacher i've ever met..

walaupun tak bersanding tapi faridah request pelamin untuk seisi fotografi..setelah berhempas pulas akhirnya siap gak pemasangan pelamin ini...

wajah faridah sebelum di make over

selepas..bersedia untuk majlis akad nikah...

Sunday, February 21, 2010

Wujudnya....

pada 19hb February 2010. kenapa sanggar gemalai creation???..ia adalah idea dan cetusan mr hubby ku yang bermaksud sanggar adalah tempat atau teratak dan gemalai seperti yang semua maklum kelembutan yang penuh kesopanan dan ketatasusilaan..
membuka sebuah butik pengantin memang sudah lama menjadi impian aku daripada dulu lagi dan diatas kesungguhan itu aku mula mengambil kursus mengandam dan berharap suatu hari nanti cita2 aku akan tercapai..
seperti rezeki datang bergolek impian ku itu mula bersinar apabila sifu yang mengajar ku mengandam ingin menjual butiknya (beliau ingin membesarkan lagi butiknya dengan pakej yang high range..) dan dia telah menawarkan kepada ku dengan harga yang sunguh diluar jangkaan..
dan tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju dengan tawarannya itu dan mula mengorak langkah ke arah membuka sebuah butik perkahwinan..