CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 25, 2010

Lokasi Sanggar Gemalai Creations


Kepada bakal para pelanggan yang masih tidak ketahui di mana lokasi kami, butik ini terletak di

Lot 336, Kampung Sungai Balak
Bt 13 Jalan Cheras
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Butik kami berkonsepkan ala kampung dimana rumah yang dulunya dibina untuk dijadikan sebagai rumah kampung kini rumah tersebut telah dinaiktaraf sebagai sebuah butik. Butik Sanggar Gemalai Creations dikelilingi oleh pokok2 buah-buahan yang telah ditanam dan dijaga oleh kami.




Dengan berkonsepkan ala kampung ini pelanggan akan menikmati suasana kampung dengan udara segar dan angin nyaman yang datangnya dari tumbuhan sekeliling butik ini. Tambahan pula pelanggan tidak perlu mengharungi kesesakan lalulintas dan masalah mencari parking kerana di Butik Sanggar Gemalai tiada masalah sedemikian rupa.

Jadi di Butik Sanggar Gemalai Creation segalanya ada dan pastinya bakal raja dan ratu sehari akan berpuas hati dengan perkhidmatan kami kerana di sinila ...terciptanya memori indah sepanjang hayat...

Saturday, July 17, 2010

Grooming With Amy Janz

Telah menghadiri kelas make up dan penampilan diri dengan make up artis terkenal Amy Janz yang telah diadakan di GMSB Shah Alam..
Banyak tip2 dan ilmu yang dipelajari dengan jurumekap profesional dan personal make up Rozita Che Wan ini..Berbaloi baloi...







solekan tipis dan natural untuk ke pejabat..


Thursday, July 8, 2010

Pakej Fotografi Perkahwinan

Sanggar Gemalai Creations menawarkan pakej fotografi perkahwinan yang sungguh berbaloi dan berpatutan untuk bakal2 pengantin yang ingin merealisasikan detik2 perkahwinan mereka di dalam bentuk fotografi. Jadi tunggu apalagi segeralah hubungi SGC untuk tempahan...



Monday, June 14, 2010

Majlis Resepsi Erwan dan Nurdina


Majlis resepsi Erwan yang telah diadakan pada 13 Jun 2010 lalu telah menggunakan perkhidmatan SGC untuk canopy dan dekorasi sahaja tidak temasuk pakej pengantin dan andaman. Tema yang di pilih adalah warna putih dan kelabu. SGC cuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan nyata pengantin dan keluarga amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan dekorasi kami.


Bunting yang direka oleh Sanggar Gemalai Creation adalah termasuk di dalam pakej

canopy utama untuk pengantin dan dekorasi



meja buffet tetamu

buffet station

dekorasi sepanjang carpet merah

canopy para tetamu

Friday, June 11, 2010

make over

sapa mangsanya??..sister yang balik dari sungai petani untuk bercuti..
telah di make over dan bergaya dengan busana daripada Sanggar Gemalai Creation tapi tidak lengkap sepenuhnya..kelengkapan yang lain ada di butik..dan inilah hasilnya...








Tuesday, May 18, 2010

Dekorasi Pelamin

Diantara dekorasi pelamin..












Untuk sebarang tempahan boleh menghubungi:
Sanggar Gemalai Creation
Lot 336 Kampung Sg Balak
Bt 13 Jalan Cheras
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 012-3291297 (Rasliana)


Saturday, May 15, 2010

Tempahan telah dibuka


Salam semua...

Untuk makluman tempahan tahun 2010/2011 kini telah dibuka dengan pakej yg sgt menarik dan tentunya memberikan nilai kepada majlis anda..hubungi kami segera agar majlis anda berjalan dgn lancar...:)

Sanggar Gemalai Creation
Lot 336, Kampung Sungai Balak
Bt 13 Jalan Cheras
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan


Friday, April 30, 2010

Mencipta Memori Indah Sepanjang Hayat....


.....bersama Sanggar Gemalai Creation merupakan tema kami kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami..kepada pelanggan yang berminat untuk menggunakan khidmat Sanggar Gemalai Creation bolehlah melayari pakej yang kami tawarkan kerana harga kami adalah sangat berpatutan dan sangat ekonomi kepada semua bakal2 pengantin yang inginkan perkahwinan yang didam2kan...

Tuesday, April 27, 2010

make over for photoshoot

sudah beberapa kali sifu saya meng"offer"kan dirinya untuk make over saya bagi tujuan photoshoot tapi disebabkan banyak halangan yang tidak dapat dielakkan makanya ia tertangguh beberapa minggu. dan finally last sunday we did everything since morning till afternoon and it was really tiring. agaknya macam tula model2 menjalankan tugas merekakan kena banyak2 bersabar dan tahan jela dengan segala2nya...

sebelum...

semasa..


dan inilah hasilnya...





Saturday, March 13, 2010

Majlis Perkahwinan Nurul & Zhafri



Team Sanggar Gemalai Creation (SGC) telah bertungkus lumus menyiapkan resepsi perkahwinan anak kepada En Hassan. Ini merupakan anaknya yang kedua menggunakan khidmat SGC untuk menyempurnakan kenduri perkahwinan anak2nya..terima kasih kepada En Hassan yang memberi kepercayaan kepada SGC..

Semenjak hari khamis yang lepas team SGC telah memasang canopy sebayak 9 buah termasukla sebuah canopy digunakan khas untuk dijadikan sebagai tempat makan beradap pengantin. Tema yang digunakan oleh pengantin adalah warna pink dan krim dan setelah semua canopy dan scallop siap di pasang keserian dan kecerian jelas terpancar di muka bakal pengantin dan keluarga tanda puas hati.

Dan malam sebelum resepsi, team SGC telah menyiapkan khemah dan hiasan meja pengantin. Combination warna putih, pink dan maroon diaplikasikan untuk menjadikannya nampak berseri dan indah dan setelah beberapa jam ia dapat direalisasikan..terima kasih kepada semua yang membantu...